fbpx
Mayat mangsa ditutupi kain selepas mati ditikam ketika ingin menunaikan solat Jumaat, hari ini.

[KEMASKINI] Dua suspek bunuh warga emas nak solat diberkas kurang 4 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Kecekapan pihak polis berjaya memberkas dua suspek dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan seorang lelaki warga emas di Kampung Idaman di sini dalam tempoh kurang empat jam.

Kedua-dua suspek lelaki berusia 33 tahun itu ditahan kira-kira pukul 4 petang di sekitar daerah ini dan Shah Alam selepas pembunuhan itu berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya juga berjaya menemukan senjata jenis pisau yang digunakan oleh suspek untuk menikam mangsa berusia 69 tahun.

“Berdasarkan siasatan awal mendapati kedua-dua suspek mengenali mangsa.

“Semakan rekod mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau iaitu satu rekod jenayah dan dua rekod dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, motif kejadian masih dalam siasatan dan permohonan reman terhadap mereka akan dilakukan esok di Mahkamah Klang.

Kosmo! terdahulu melaporkan hasrat seorang lelaki warga emas untuk menunaikan solat Jumaat bertukar tragedi apabila dia maut ditikam di hadapan rumahnya di Kampung Idaman.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa, Mohd. Sani Abdullah, 69, meninggal dunia akibat kecederaan di anggota badan. -K!ONLINE

POPULAR