fbpx

Katrina Kaif tamatkan zaman bujang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KATRINA KAIF kini bergelar isteri kepada pelakon Vicky Kausal.

MUMBAI – Bintang Bollywood popular Katrina Kaif selamat melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya yang juga seorang pelakon, Vicky Kaushal semalam.

Berita gembira tersebut turut dikongsikan buat tatapan pengikutnya dalam Instagram.

“Hanya kasih sayang dan rasa syukur untuk segala-galanya yang membawa kami ke saat ini.

“Kami mengharapkan restu dan doa semua untuk kami memulakan perjalanan baru ini,” tulisnya sebagai kapsyen.

Terdahulu, pasangan sama cantik sama padan itu mengikat tali pertunangan dalam majlis serba mewah di Rajasthan dengan kehadiran rakan selebriti, keluarga terdekat dan tetamu.

Difahamkan, Katrina menerima sebentuk cincin berlian dengan harga bernilai RM41,000.

Sebelum ini, Katrina dan Vicky masing-masing bertindak mengunci mulut dan langsung tidak pernah mendedahkan hubungan mereka kepada umum.

Namun, sejak kebelakangan ini, media di India sering berteka-teki dan membuat spekulasi mengenai hubungan cinta.

Katrina sebelum ini pernah dikaitkan bercinta dengan beberapa hero terkenal Bollywood termasuklah Salman Khan dan Ranbir Kapoor yang menikahi sahabat baiknya sendiri, Alia Bhatt.

Untuk rekod, Katrina, 38, sebelum ini menetap di Britain sebelum mengambil keputusan untuk berhijrah dan memulakan kerjaya seninya di India sejak dua dekad lalu.

Bapa Katrina, Mohammed Kaif yang dilahirkan di Hong Kong dan dibesarkan di London merupakan seorang ahli perniagaan berasal dari Kashmir.

Bagaimanapun bapa dan ibunya, Suzanne Turquotte yang merupakan seorang warganegara Britain telah berpisah ketika pelakon jelita itu masih di bangku sekolah.

Katrina membuat penampilan sulungnya dalam dunia kompetitif Bollywood menerusi filem Boom pada 2003. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI