fbpx

Jangan putar belit perjumpaan di selatan Filipina – KDNKA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hazani (empat dari kanan) pada Majlis Penyematan dan Serah Terima Tugas Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) hari ini. -FOTO IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Hazani Ghazali mengesahkan memang terdapat perjumpaan membabitkan 19 datuk bandar namun ia bukan untuk menyerang Sabah tetapi sebaliknya memperkukuhkan keselamatan mereka di selatan Filipina.

“Mengikut maklumat diterima, perbincangan yang diadakan itu turut memfokuskan kepada pembangunan di kawasan mereka dengan menjemput pelabur-pelabur luar untuk masuk ke negara jiran berkenaan.

“Perkara itu dengan sengaja cuba diputar belit oleh sesetengah pihak-pihak tertentu yang berkepentingan dan cemburu dengan keadaan keselamatan di Sabah.

“Perbincangan itu juga dibuat bagi memperkukuhkan lagi sistem pertahanan mereka dari sebarang ancaman seperti pengganas, perompak dan elemen jenayah lain.

“Ia tiada kena mengena dengan cubaan untuk menyerang Sabah atau sebagainya,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyematan dan Serah Terima Tugas Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) hari ini.

Hazani berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan wujud plot untuk menyerang Sabah dengan 600 pejuang dan diusahakan 19 Datuk Bandar’ di Selatan Filipina.

Majlis serah terima tugas yang dijalankan membabitkan bekas Komander ESSCOM Datuk Ahmad Fuad Othman yang bersara dan digantikan Deputi Komisioner (DCP) Hamzah Ahmad.- K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI