fbpx

Sampah sarap terperangkap di Sungai Muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Sungai Muda di Permatang Bendahari, Kepala Batas dipenuhi sampah plastik yang terapung

SEBERANG PERAI – Sejumlah sampah sarap terdiri daripada bahan plastik, tin minuman dan botol dikesan terkumpul di dalam Sungai Muda di kawasan Permatang Bendahari, Kepala Batas di sini.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader berkata, tinjauan pihaknya mendapati terdapat timbunan sampah sarap itu di permukaan sungai yang menyebabkan persekitaran berdekatan sebuah jeti kecil kelihatan kotor.

“CAP kesal kerana Sungai Muda merupakan sumber utama bekalan air bagi kegunaan penduduk-penduduk di negeri Kedah dan Pulau Pinang.

“Jika keadaan ini berterusan ia bukan saja boleh menjejaskan kualiti air sungai tersebut, tetapi juga menjadi tempat nyamuk membiak yang boleh mencetuskan wabak penyakit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohideen menambah, pihaknya bimbang jika sisa buangan tersebut mengandungi toksik, ia akan memberi kesan lebih buruk ke atas alam sekitar, hidupan sungai dan laut serta kesihatan manusia.

“CAP percaya jika bahan buangan ini dibiarkan, ia akan turut mencemarkan pantai dan laut berhampiran yang sekali gus mengganggu aktiviti nelayan serta menjejaskan mata pencarian mereka.

“Justeru itu CAP berharap pihak yang bertanggungjawab menjalankan siasatan dan memberi perhatian serius terhadap masalah ini di samping mengambil tindakan berkesan agar kejadian serupa tidak berulang,” katanya lagi.

Mohideen berkata, pihaknya menggesa Jabatan Pengairan dan Saliran dan pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan segera membersihkan sampah sarap di dalam sungai itu agar tidak memberi ancaman kepada alam sekitar dan penduduk. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `404` and content-type is `text/html; charset=iso-8859-1`