fbpx

Dikecam selepas sokong jualan arak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar gambar yang dimuat naik oleh @lcsmxms sebagai bukti restoran makanan segera tersebut pernah menghidangkan menu arak.

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki berkongsi pandangan mengenai penjualan arak di sebuah restoran makanan segera terkenal dunia telah mendapat kecaman hebat dari netizen.

Menerusi ciapan yang dimuat naik oleh @lcsmxms di laman Twitter, dia mendakwa sekitar tahun 80-an, restoran tersebut pernah menyediakan arak sebagai menu hidangan dan menyifatkan negara ketika itu seperti sebuah negara yang sebenar.

“Pada tahun 80an, mereka pernah menghidangkan Carlsberg, Anchor dan Guinness Stout.

“Kita pernah menjadi sebuah negara yang sebenar ketika itu,” ciapnya.

Rata-rata pengguna laman Twitter amat marah dengan pandangan yang diciap lelaki itu kerana dianggap tidak masuk akal dan kurang bijak.

“Sejak bila minum arak dan pemandu mabuk yang bunuh orang melambangkan sebagai sebuah negara sebenar. Tak masuk akal dan tiada kaitan langsung. Kau dah tahu arak berbahaya dan boleh hilang kewarasan, kenapa kau kaitkan dengan isu negara sebenar,” kata @Syahmie Arman.

“Hidang arak disamakan dengan sebuah negara sebenar, jadi apa manfaat arak kepada individu, masyarakat dan negara. Rasanya semua agama bersetuju dengan keburukan arak,” ciap @Nyaman Skali.

“Beritahu saya, anda pergi di mana-mana sahaja restoran makanan segera di dunia, adakah mereka masih menjual minuman beralkohol? Jika tidak, adakah negara tersebut juga bukan negara yang sebenar,” kata @oumonoman. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI