fbpx

Nagita Slavina dikecam tidak beradab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAGITA SLAVINA

SEJAK menimang cahaya mata kedua pada 26 November lalu, pelakon Nagita Slavina dan suaminya, Raffi Ahmad tidak putus-putus mendapat kiriman hadiah yang diberikan rakan-rakan artis untuk anak mereka, Rayyanza Malik Ahmad.

Salah seorang rakan selebriti yang turut memberikan hadiah kepada mereka ialah pelakon, Prilly Latuconsina.

Namun sayangnya, di tengah kebahagiaan, Nagita dikritik netizen kerana dikatakan bersikap tidak sopan ketika menerima hadiah daripada Prilly.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam saluran YouTube RANS Entertainment, kelihatan Prilly mengucapkan tahniah kepada Nagita sambil memberikan sebuah hadiah.

Selepas menerima hadiah tersebut, Nagita terus meletakkannya di atas lantai. Bagaimanapun, hadiah itu terjatuh sehingga mengeluarkan bunyi hentakan yang agak kuat.

“Eh! Maaf,” ujar Nagita spontan selepas mendengar bunyi daripada hadiah Prilly.

Akibatnya, banyak kritikan daripada netizen dilemparkan kepada Nagita yang berkata bahawa pelakon itu tidak menghargai hadiah tersebut kerana meletakkannya di atas lantai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI