fbpx

Kenderaan jelajah China rakam ‘pondok misteri’ di Bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rover Yutu-2 telah merakam satu objek berbentuk kiub di atas permukaan bulan. - AFP via Getty Images

BEIJING – Sebuah ‘pondok misteri’  yang dikesan di permukaan Bulan oleh kenderaan jelajah rover milik China telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pakar-pakar  angkasa lepas, lapor akhbar Daily Star semalam.

Rover Yutu-2 merakam imej objek berbentuk kiub itu  79 meter di sebuah lokasi di sisi gelap Bulan.

Pentadbiran Angkasa Lepas Negara China, Our Space menyifatkan imej itu sebagai ‘pondok misteri’.

“Kami mempunyai perkembangan dari Yutu-2 di bahagian hujung Bulan, termasuk sebuah kiub yang terletak kira-kira 80 meter dari rover berkenaan di kawah Von Kármán,” kata wartawan, Andrew Jones.

Penemuan terbaharu itu berlaku ketika persaingan angkasa lepas antara Amerika Syarikat dan China semakin hangat selepas seorang saintis terkemuka China berkata, negaranya akan  menghantar angkasawannya  ke Bulan buat kali pertama sebelum 2030. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI