fbpx

[VIDEO] “Apa masalah abang ni, polis pun kena marah”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang lelaki memarahi anggota URB tular di media sosial ketika ini.

PETALING JAYA – Tugas anggota beruniform terutamanya anggota polis dalam memastikan keamanan orang ramai bukanApaaalah satu tugas yang mudah.

Pelbagai rintangan dan cabaran yang terpaksa mereka lalui sejak dari keluar rumah sehingga mereka selamat bertemu keluarga masing-masing.

Ada kalanya terpaksa berpanas, berhujan dan ada juga yang terpaksa meninggalkan keluarga demi tugas untuk negara tercinta.

Namun, lain jadinya apabila satu video tular di media sosial ketika ini apabila menyaksikan tugas dua anggota polis tidak disenangi oleh seorang penduduk di sebuah taman perumahan.

Menerusi klip video ini, dua anggota polis Unit Rondaan Bermotor (URB) sedang melakukan rondaan di sebuah taman perumahan, namun mereka telah dimaki oleh seorang lelaki.

Kelihatan lelaki tersebut tidak senang dengan kehadiran dua anggota tersebut dan bertindak menghalau pasukan keselamatan itu.

“Ini nak cari siapa ni, nak cari aku ke nak cari orang lain, keluar,” jelas lelaki tersebut.

Sementara itu, orang ramai yang menyaksikan klip video tersebut rata-rata marah dengan tindangan yang telah dilakukan lelaki itu.

“Ini tak pasal-pasal maki anggota ni apa masalahnya. Orang nak jaga kita dia pula yang marah. Tekanan jiwa betul la,” jelas Husin Serama.

“Ini mesti ada masalah dengan isteri ni tak pun ada masalah pejabat. Abang polis pun dimakinya. Betul-betul berani.

“Nasib abang polis tu ‘cool’ je. Tahniah anggota URB dan terima kasih kerana menjaga keamanan negara selama ini,” jelas Anis Farhan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI