fbpx

Alasan desakan hidup, sewa kereta bawa isteri dan anak kecil lakukan jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAIHAM MOHD KAHAR (dua dari kiri) menunjukkan peralatan digunakan bagi memecah kereta dan premis serta barangan lain yang dirampas daripada suspek dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Bentong di Bentong hari ini.

BENTONG – Dengan alasan akibat desakan hidup seorang lelaki bertindak membawa isteri dan dua anak yang berusia tiga dan empat tahun ketika melakukan kegiatan jenayah pecah kereta dan juga pecah premis di sekitar Genting Highlands di sini.

Bagi menyembunyikan aktiviti jenayahnya itu lelaki berkenaan juga menggunakan taktik menyewa kenderaan dan mendaftarkannya dalam perkhidmatan e-hailing manakala isteri suspek menjadi ‘mata’ ketika suspek melakukan jenayah.

Bagaimanapun pelbagai taktik dan helah yang digunakan itu gagal mengaburi pihak polis yang berjaya mengesan dan menahan suspek di sebuah stesen minyak di Klang Selangor Sabtu lalu sebelum menahan isteri suspek kelmarin.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, pemeriksaan ke atas suspek dan kenderaan dipandunya mendapati terdapat barang yang dilaporkan curi di Balai Polis Genting Highlands dan suspek mengaku terlibat dalam dua kejadian curi dalam bangunan dan tiga kejadian pecah kenderaan di kawasan Genting Highlands.

“Antara barang dirampas ialah wang tunai RM1 berjumlah RM400, perkakasan audio kenderaan, lima buah telefon bimbit, tiga beg pelbagai kunci, sebuah walki talkie dan sebuah beg kulit selain beberapa peralatan seperti pemotong wayar, pisau, gerudi, ‘test pen’,lampu manakala sebuah kereta jenis Perodua Bezza disewa suspek turut disita.

“Dengan tangkapan tersebut pihak Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Bentong berjaya menyelesaikan tujuh kes pecah kedai dan pecah kenderaan di kawasan pentadbiran IPD Bentong dengan jumlah kerugian keseluruhan kira-kira RM10,000,”katanya dalam sidang akhbar di IPD Bentong di sini hari ini.

Tambahnya, pemeriksaan pada bahagian badan suspek turut menemukan tiga plastik lutsinar disyaki dadah jenis syabu dan satu plastik lutsinar yang terdapat ketulan mampat disyaki dadah jenis ganja.

Menurutnya suspek lelaki yang berusia 31 tahun itu ditahan reman selama tujuh hari manakala suspek wanita berusia 33 tahun direman selama empat hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Katanya, suspek lelaki turut disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 12 (2) ADB 1952 serta Seksyen 15 (1) (A) ADB 1952.

Dalam pada itu katanya, berdasarkan siasatan mendapati suspek mula melakukan aktiviti jenayah sejak kebenaran rentas negeri November lalu dengan menyasarkan kawasan peranginan Genting Highlands

Katanya, dalam tempoh berkenaan suspek telah mencuri barangan dalam tujuh buah kenderaan dengan cara memecahkan cermin dan mengumpil kunci kenderaan yang dilakukan pada waktu malam selain memecah masuk dua buah kiosk di Genting Highlands. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI