fbpx

Beri pertimbangan pada peniaga kecil gagal bayar pinjaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri ketika Majlis Sambutan Hari Penjaja Dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan Tahun 2021 (HPPK 2021) anjuran MEDAC dan Pelancaran Program Transformasi Pasar Malam oleh Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT), di sini hari ini.

PUTRAJAYA – Pihak bank dan institusi kewangan komersial diseru agar memberikan pertimbangan sewajarnya serta tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap golongan peniaga mikro yang masih gagal membayar semula pinjaman.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu adalah seperti yang dilaksanakan insistusi kewangan bawah Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (MEDAC) seperti Bank Rakyat dan SME Bank yang tidak mengenakan tindakan ke atas golongan itu.

“Saya amat berharap bank-bank milik kerajaan seperti Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Bank Pembangunan Malaysia Berhad juga mengambil tindakan sama seperti dilakukan oleh institusi kewangan di bawah MEDAC.

“Malah saya juga menyeru bank-bank komersial lain memberi pertimbangan sewajarnya dan tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap peniaga mikro khususnya penjaja dan peniaga kecil,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Hari Penjaja Dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan Tahun 2021 (HPPK 2021) anjuran MEDAC dan Pelancaran Program Transformasi Pasar Malam oleh Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT), di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, dua tahun kebelakangan ini merupakan satu tempoh yang sukar apabila penularan Covid-19 memberi kesan yang cukup mendalam kepada seluruh Keluarga Malaysia.

“Apabila sektor ekonomi mula dibuka dan dibenarkan beroperasi perlahan-lahan, barulah mereka sudah boleh menarik nafas lega.

“Justeru, penganjuran HPPK dan pelancaran Program Transformasi Pasar Malam ini merupakan satu pengiktirafan kerajaan terhadap sumbangan golongan penjaja dan peniaga kecil kepada negara,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI