fbpx
Sebahagian 94 pengunjung yang dikenakan kompaun bernilai RM2,000 dalam serbuan oleh pihak polis malam tadi.

94 pengunjung pusat hiburan dikompaun RM198,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Seramai 94 individu dikenakan kompaun dengan jumlah keseluruhan mencecah RM198,000 dalam satu serbuan ke atas sebuah premis pusat hiburan dekat Bandar Utama, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menjalankan serbuan pada pukul 10.30 malam di premis itu.

“Ketika serbuan dijalankan premis tersebut sedang beroperasi dalam keadaan muzik dipasang dengan kuat dan pengunjung sedang berhibur.

“Hasil serbuan yang dilakukan mendapati premis pusat hiburan tersebut telah melanggar Peraturan 17 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit Pelan Pemulihan Negara (PPN) 4 2021,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, pemeriksaan lanjut pemilik premis itu gagal mengemukakan lesen perniagaan pusat hiburan serta lesen menjual minuman keras.

“Kompaun bernilai RM10,000 telah dikeluarkan kepada pemilik premis dan seramai 94 pengunjung turut dikompaun RM2,000 setiap seorang yang menjadikan jumlah keseluruhan mencecah RM198,000.

“Hasil saringan air kencing turut dijalankan ke atas 94 individu, daripada jumlah itu dua lelaki didapati positif ketamin dan ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya.- K! ONLINE

POPULAR