fbpx
Azhar (berdiri kiri) melihat proses suntikan dos penggalak pada anggota PGA Senoi Praaq di Kem Bidor hari ini.

366 warga PGA Senoi Praaq terima dos penggalak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh LIYANA RAMLI

TAPAH – Seramai 366 pegawai dan anggota Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Senoi Praaq, Kem Bidor di sini menerima suntikan pada program Imunisasi Vaksin Covid-19 dos penggalak di markas pasukan berkenaan hari ini.

Pemberian suntikan ini adalah sepertimana yang ditetapkan bagi pegawai dan anggota yang baru sahaja selesai tugas Ops Benteng Kawalan Sempadan Darat Malaysia – Thailand semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 3 PGA, Superintendan Azhar Hashim berkata, program vaksinasi suntikan booster itu dibuat dengan kerjasama Klinik Jannah, Tapah diketuai oleh Dr. Firzanah Begum Ali Mohamed.

Menurutnya, program ini juga dijayakan bersama 10 kakitangan dari klinik berkenaan bersama ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia. – K! ONLINE.

POPULAR