fbpx

Program francais mikro, mampu milik diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

PUTRAJAYA – Kerajaan bakal melanjutkan lagi Program Pembangunan Francais Mikro dan Mampu Milik yang diperkenalkan awal tahun ini bagi membantu penggiat industri berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia susulan sambutan yang diterima adalah sangat menggalakkan terutama dari kalangan golongan berpendapatan B40 dan M40.

“Justeru, pihak kerajaan berhasrat untuk meneruskan lagi program ini pada tahun depan dan memastikan lebih ramai rakyat selain francaisor sendiri akan menerima manfaat,” katanya.

Beliau berucap ketika merasmikan Malam Anugerah Francais 2021 anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Persatuan Francais Malaysia (MFA) di sini hari ini.

Turut hadir pada acara pengiktirafan berprestij industri francais tempatan itu ialah menteri berkenaan sendiri, Datuk Alexander Nanta Linggi dan Presiden MFA, Datuk Dr. Radzali Hassan.

Anugerah yang bermula sejak 1997 itu menyaksikan lebih 100 syarikat dan individu sudah menerima pengiktirafan serta menjadi tanda aras kepada sektor perniagaan francais kebangsaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI