fbpx
Gambar hiasan - JANAAN AI

‘Gaji suami RM7,000, isteri RM5,000 anak tiga…nohhh T20!’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Suami gaji RM7,000, isteri RM5,000. Anak tiga, nohhh T20!”

Itu antara luahan pasangan yang berpendapatan kategori T20, namun mempunyai jumlah tanggungan yang agak besar.

Menerusi perkongsian di media sosial, wanita itu meluahkan bahawa pengkelasan kumpulan berdasarkan pendapatan itu sebagai tidak adil, lebih-lebih lagi apabila kesinambungan subsidi minyak melibatkan golongan berpendapatan tinggi bakal diputuskan tidak lama lagi.

“Saya tengah cakap pasal benda tak logik dan merepek ni.

“Lagi ada yang sokong cadangan tarik subsidi minyak. Sakit betul hati,” luahnya.

Hantarannya itu meraih sokongan orang ramai yang rata-rata juga berpendapatan kategori T20 dan ke atas.

“Gaji bersih RM14,000. Anak lima orang masih belajar dan isi rumah berpendapatan tunggal,” komen seorang pengguna.

“Suami gaji RM7,000, isteri hampir RM9,000 tinggal di Kuala Lumpur dan anak dua orang. Rasa macam M40, hujung bulan jadi B40,” ujar @Brehhhbrrhh.

“Isi rumah RM20,000, duduk Lembah Klang dan anak enam semua sekolah. Hujung-hujung rasa tinggal seluar dalam saja,” kata yang lain.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, kerajaan dijangka memuktamadkan mekanisme kesinambungan subsidi minyak melibatkan golongan berpendapatan tinggi.

Ia termasuk kumpulan T15 dan T20 dalam masa terdekat, susulan ketidaktentuan pasaran global akibat konflik berlarutan di Asia Barat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN