fbpx

Awal seminggu! Aeril mohon doakan Wawa selamat bersalin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MENUNGGU waktu. Wawa dijangka bersalin anak keempat bila-bila masa sahaja dari sekarang.

PETALING JAYA – Pelakon Aeril Zafrel meminta peminat sama-sama mendoakan kesejahteraan isterinya juga pelakon, Wawa Zainal yang sudah menunjukkan tanda-tanda untuk bersalin pada bila-bila masa dari sekarang.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Aeril, 33, berkongsi sekeping foto menunjukkan isterinya, Wawa atau nama lengkapnya Nur Hawa Zainal Abidin, 30, terbaring di atas katil hospital dalam keadaan seperti sedang menahan kesakitan.

Ujar Aeril dalam statusnya memberitahu, isterinya tiba-tiba mengalami tanda-tanda seperti hendak bersalin pada awal pagi tadi.

“Pagi ini tIba-tiba bayi nak keluar (bersalin). Awal seminggu dari tarikh yang diberikan (tarikh jangkaan bersalin). Doakan semuanya selamat,” tulis Aeril.

Usaha Kosmo! Online untuk mendapatkan butiran dan perkembangan lanjut mengenai keadaan Wawa bagaimanapun tidak berjaya apabila panggilan telefon dan mesej tidak dibalas Aeril.

Menjengah dalam ruangan komen, ramai pengikutnya mendoakan supaya urusan Wawa untuk bersalin untuk anak keempatnya itu dipermudahkan.

Malah, tidak kurang juga ada dalam kalangan pengikutnya turut berkongsi perasaan dan pengalaman menahan kesakitan ketika bersalin.

“Allahuakhbar. Terasa sakitnya ketika sedang bertahan begini (menahan sakit bersalin). Semoga Allah SWT permudahkan urusan bersalin. Sihat ibu dan anak, amin,” kata seorang pengguna Instagram.

“Sakitnya hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Semoga dipermudahkan segala urusan dan sihat ibu dan bayi. Insha-Allah,” kata seorang lagi pengguna Instagram.

“Ya Allah, mudahkanlah urusan Wawa dan bayi. Kurangkan sakit ketika melahirkan Ya Allah. Selamatkanlah kedua-duanya. Amin,” doa seorang pengikutnya.

Terdahulu, Kosmo! pada 26 Ogos lalu melaporkan Wawa mengesahkan kehamilan anak keempatnya yang ketika itu sudah memasuki bulan keenam.

Untuk rekod, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga sekitar tahun 2013. Hasil perkahwinan, Wawa dan Aeril dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7 Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5, dan Ayya Soffya yang kini berusia setahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI