fbpx

Graduan UIA bangga mampu lahir usahawan bumiputera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norrizah Hazirah (berbusana putih) bangga dapat melahirkan ramai juatawan dalam kalangan bumiputera.

PETALING JAYA – Di sebalik setiap pergelutan dan kesusahan mendatang, pasti ada kemanisan serta  kejayaan yang bertamu di penghujung hari.

Demikian apa yang berlaku kepada pasangan suami isteri pemilik empayar sauna mudah alih, Sumosauna, Norrizah Hazirah Maulana, 32, dan Mohd. Helmi Izani, 31.

Selepas memiliki gudang dan lima lot kedai masing masing di Pekan Nanas, Johor, kisah pasangan itu berjaya membeli kereta mewah jenis Ferrari pada 18 November lalu dengan nombor plat IIUM 12
hangat diperkatakan dan tular dalam media sosial.

Cuma kisah di sebalik pemilihan nombor plat yang mengabadikan nama universiti tempat pengajian pasangan itu mendapat banyak reaksi.

“Kerana saya dan suami belajar di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Gombak, Selangor. Saya graduan Ekonomi manakala suami pula belajar Kejuruteraan Mekanikal.

“Cuma untuk kelainan, kami guna akronim universiti itu dalam bahasa Inggeris iaitu International Islamic University Malaysia (IIUM). Angka 12 tu kebetulan ada simbolik dan kenangan tersendiri untuk saya dan suami.

“Kami bangga mencipta kejayaan di situ. Kami pun mengalu alukan golongan pelajar universiti itu untuk menjana pendapatan bersama Sumosauna,” katanya yang mesra dengan panggilan Kak Bi di kalangan ejen dan pengikutnya di media sosial.

Berkongsi lanjut, Norrizah Hazirah berkata, dia pada awalnya bermula dengan bekerja di sektor profesional sebelum menjadi suri rumah yang mencuba pelbagai jenis cabang perniagaan.

Norrizah Hazirah dan suami, Mohd. Helmi Izani.

“Selepas berkahwin, saya berhenti kerja sebagai pegawai eksekutif. Suami ketika itu pun masih belajar di UIA. Saya mula berjinak jinak dalam dunia niaga sekitar tahun 2014. Cuba nasib jadi ejen jual pelbagai jenis produk.

“Awal 2016, saya beranikan diri jual pakaian kanak kanak sendiri. Percaturan berjaya kerana membuahkan hasil. Tapi sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari hinggalah dia mencuba perniagaan sauna mudah alih,” kata ibu kepada empat cahaya mata itu.

Menurut Hazirah, menerusi empayar sauna mudah alih yang dimilikinya sejak empat tahun lalu, ada dalam kalangan usahawan mereka yang telah pun mencapai jualan 1 juta pertama dalam tempoh 11 bulan.

“Kami sebagai graduan UIA sangat berbangga kerana hasil jualan produk sauna kami mampu melahirkan 12 orang golongan jutawan.

“Mereka itu bermula dari kosong, tetapi dibantu dan dibimbing kami sendiri sampai berjaya hingga boleh beli kereta dan rumah idaman masing-masing.

“Malah saya bangga kerana separuh daripada jumlah jutawan itu daripada golongan suri rumah dan selebihnya daripada golongan bekerjaya seperti guru dan jururawat,” katanya.

Sauna mudah alih yang diiktiraf sebagai Asia Pacific Top Excellence Brand 2021/2022 itu dijual pada harga RM399 seunit.

Untuk maklumat lanjut boleh layari www.sumosauna.com atau ikuti Instagram @sumosaunahq. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI