fbpx
Ka Siong membuat lawatan mengejut ke Ibu Pejabat JPJ Johor, hari ini.

Sistem JPJ kuno – Menteri Pengangkutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong menegur Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor agar memantau kesesakan yang berlaku di ibu pejabat jabatan tersebut khususnya pada hari Ahad.

Ka Siong berkata, pihaknya berasa sedih dan terkilan melihat orang ramai membuang masa dengan beratur panjang dan berjemur di bawah panas matahari.

“Secara terus terang, saya sedih dan terkilan apabila melihat orang ramai masih beratur panjang di sekeliling bangunan JPJ Johor. Saya terus menyiasat punca yang menyebabkan ‘queue’ yang panjang.

“Ada yang memberitahu saya bahawa Lesen Memandu Malaysia (LMM) tidak dapat diperbaharui di Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pejabat Pos selain ada yang mempersoal sistem MySikap yang transaksinya dibuat secara dalam talian, namun masih lagi perlu hadir ke JPJ untuk urusan percetakan.

“Selain itu, daripada 4 mesin cetak LMM yang dibekal Percetakan Keselamatan Nasional (PKN), hanya dua mesin sahaja yang berfungsi di Pejabat JPJ Johor ini.

“Perkara ini amat mengecewakan dan saya terus menghubungi serta mengarahkan PKN segera membaiki atau menghantar mesin cetak LMM,” katanya dalam laman Facebook miliknya selepas melakukan lawatan mengejut ke Ibu Pejabat JPJ Johor, di sini hari ini.

Tambah beliau, sistem perkhidmatan kaunter JPJ yang sedia ada yang telah berusia lebih 10 tahun terlalu kuno dan perlu dimodenkan selari dengan era digitalisasi. -K! ONLINE

POPULAR