fbpx

Sukan tarian breaking buru tempat ke Olimpik 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAN ADNAN (kanan) memberikan pesanan kepada Lego Sam (kiri) yang akan berlepas ke Paris menyertai satu kejohanan kelayakan Olimpik 2024 di Subang Jaya kelmarin.

PRESIDEN Persatuan Seni dan Budaya Tarian Jalanan (SDACA), Datuk Seri Wan Adnan Wan Mamat percaya sukan tarian brea­king berpotensi menjadi salah satu penyumbang pingat negara pada Sukan Olimpik Paris 2024.

Menurutnya, Malaysia mempunyai ramai atlet berbakat dalam sukan tarian seperti breaking contohnya pemenang pingat emas Sukan SEA Manila 2019, Sam Lee Jek yang lebih dikenali sebagai Lego Sam.

“Atlet negara mampu untuk memasuki sehingga ke peringkat Olimpik 2024. Bukan sahaja layak tetapi menjadi juara di sana.

“Kita harus beri semangat dengan bantu mereka dari segi dana dan sokongan pihak kerajaan. Sukan ini perlu diberi peluang selepas mencipta nama di peringkat antarabangsa terutama Sukan SEA,” kata Wan Adnan.

Beliau berkata demikian ketika menyaksikan Grand Finale Phaze International Dance Competition yang dianjurkan secara maya dengan hadiah kemenangan terkumpul bernilai AS$35,000 (RM148,435) di ­Subang Jaya, Se­langor kelmarin.

Dua atlet negara iaitu Lego Sam dan Mohd. Faridh Mohd. Yassin dengan nama gelaran Khenobu akan terbang ke Paris esok bagi menghadapi satu kejohanan kelayakan Olimpik 2024 dalam acara sukan breaking.

Sukan itu merupakan salah satu acara baharu dipertandingkan di Paris 2024 selepas membuat penampilan sulung sewaktu saingan Sukan Olimpik Remaja 2018 di Buenos Aires, Argentina.

Kejohanan kelayakan di Paris itu juga dilihat sebagai platform terbaik buat Lego Sam dan Khenobu kembali merasai suasana pertandingan kerana sukan berkenaan juga bakal dipertan­dingkan pada Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI