fbpx

Numee lancar direktori makanan online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jenama mi kuning tempatan, Numee oleh Gardenia melancarkan direktori makanan dalam talian bagi memudahkan rakyat Malaysia mencari dan menyokong restoran serta gerai penjaja, khusus untuk mereka yang menyediakan hidangan mi kuning.

Direktori yang tersedia pada laman web findnumee.com berhasrat untuk menyenaraikan lebih 100 tempat makan di seluruh Semenanjung.

Direktori tersebut hanya bermula dengan 50 senarai kedai dan ia telah dikemas kini secara berperingkat bagi menampilkan lebih banyak lokasi.

Orang ramai juga boleh mencalonkan gerai tempatan ke­gemaran mereka untuk disenaraikan dengan melayari https://numeegardenia.com.my/hubu­ngi/ dan menyatakan nama, lokasi dan nombor telefon kedai makan.

Pengurus Pemasaran Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd., Ena Suhaila Abas berkata, pihak­nya menyeru agar lebih ramai orang menyokong peniaga makanan dan minuman tempatan bagi memastikan mereka dapat mendepani pandemik dan mengekalkan warisan makanan tempatan.

“Malaysia terkenal dengan juadah makanan yang juga merupakan pemacu budaya, ekonomi dan kemakmuran rakyat,” kata­nya dalam satu kenyataan.

Selain itu, bersempena kempen tersebut, NuMee turut membangunkan permainan mudah alih, Find Mee yang membo­lehkan orang ramai mengambil bahagian dalam kempen dan menderma hidangan NuMee kepada golongan kurang bernasib baik.

Peserta hanya perlu layari findnumee.com dan mengumpul lima lencana, pilih gerai ke­gemaran daripada senarai dan buat sumbangan.

NuMee juga bertekad untuk menderma 5,000 pinggan buat golongan memerlukan.
Kempen tersebut disokong oleh pelakon dan pengacara, Fizo Omar yang juga merupakan pemenang Anugerah Usahawan Sosial Tahun 2019.

Fizo akan menggunakan ­pe­ngaruh media sosialnya untuk membawa trafik ke laman mikro Find Mee.

Selain itu, beliau juga turut menggalakkan orang ramai menderma dan membeli makanan di gerai-gerai tersenarai.

Lebih menarik, beliau juga akan membuat kemunculan khas berjumpa pelanggan.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI