fbpx

TFC kekal positif terikat 1-1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYERANG TFC, Jordan Mintah (bawah) meraikan jaringan pembukaan bersama rakan-rakan sepasukan ketika seri 1-1 menentang JDT pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak kelmarin. – PUQTRA HAIRRY

Oleh TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF

PENGENDALI Terengganu FC (TFC), Mohd. Nafuzi Zain enggan terlalu memikirkan beberapa keputusan pengadil yang boleh dipertikaikan sepanjang aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak kelmarin.

Sebaliknya, beliau mahu terus fokus terhadap pasukan kendaliannya dan menganggap kontroversi melibatkan pengadil perlawanan, Tuan Mohd. Yassin Tuan Mohd. Hanafiah itu sebagai normal dan asam garam dalam bola sepak.

“Saya sebenarnya terlepas pandang insiden melibatkan pemain JDT, Shane Lowry dan dua pemain saya iaitu Jordan ­Mintah dan Mohd. Suhaimi Husin di dalam kotak penalti TFC pada minit ke-71.

“Apa pun saya akui beberapa keputusan (dilakukan Tuan Mohd. Yassin) agak tidak jelas,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan kelmarin.

Dalam pada itu, Mohd. Nafuzi berkata, faktor pengalaman menjadi pemisah antara anak-anak buahnya dengan skuad Harimau Selatan yang terbukti berada dalam kelasnya tersendiri.

Bekas penyerang Terengganu itu berkata, JDT membuktikan mereka pasukan elit yang mampu beraksi di bawah tekanan dengan mengatasi serangan awal bertali arus daripada TFC.

“Sebaliknya, skuad kami masih muda dan kurang berpe­ngalaman. Apa pun, kami bermain baik pada babak pertama.

“Bagaimanapun, selepas rehat segalanya berubah apabila jentera tengah gagal berfungsi dan sering kehilangan bola,” katanya.

Mohd. Nafuzi mengakui bukan mudah untuk mana-mana pasukan termasuk TFC untuk kembali mendapatkan rentak apabila bertembung dengan JDT.

“Apa pun, seri 1-1 masih keputusan yang positif dan peluang kekal terbuka di tempat lawan nanti,” ujar beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI