fbpx

Terima layanan baik di klinik, lelaki hadiahkan jururawat coklat, air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsi Amir Runner di laman Facebooknya yang memaparkan tarikh janji temunya pada 30 November.

PETALING JAYA – Orang berbudi kita berbahasa, itulah simbolik sebagai tanda penghargaan seorang individu yang telah ‘menghadiahkan’ coklat dan air buat petugas sebuah klinik di Putrajaya.

Walaupun nilai ‘hadiah’ tersebut tidak seberapa bagi sesetengah orang, namun pemberian itu cukup bermakna buat petugas barisan hadapan yang telah bertungkus-lumus ‘berperang’ dengan Covid-19.

Menurut individu yang dikenali sebagai Amir Runner, dia bertindak demikian bagi menghargai jasa kakitangan klinik tersebut yang menyantuninya dengan penuh dedikasi.

Katanya, dia ke klinik tersebut pagi tadi untuk membuat pemeriksaan kesihatan selepas mengalami sakit pinggang sejak sekian lama.

“Sampai kat depan (klinik), ada nurse (jururawat) menyambut, tanya ada demam tak, kontek rapat ada tak, da selesai dia suruh ambil nombor. Sampai kat tempat nombor, nurse tu cakap, ni janji temu 30 hb encik.

“Masa saya berjalan hampa, datang akak nurse yang mula-mula tadi dan ambil slip janji temu saya kemudian dia pergi tanya doktor. Doktor tanya saya sakit sangat tak?,” katanya di laman Facebook.

Amir berkata, dia boleh tahan lagi sakitnya itu, namun jururawat tadi masih tetap membantunya dengan membuat semakan di klinik berhampiran.

Katanya, walaupun tiada kekosongan janji temu, namun dia sangat berpuas hati dengan layanan kakitangan klinik tersebut yang telah banyak membantunya.

Jelasnya, sebagai tanda terima kasih, dia telah menghadiahkan kakitangan klinik tersebut dengan coklat dan air.

“Tak dapat ‘cek up’ pun takpa, janji saya dapat berjumpa orang yang baik-baik hari ini. Saya doakan supaya akak, dan kawan-kawan akak, serta keluarga, sentiasa berada dibawah lindunganNya,” kata Amir.

Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen memuji sikap kakitangan klinik berkenaan yang telah menunjukkan teladan baik kepada masyarakat walaupun ketika ramai diantara mereka telah ‘penat’ melawan Covid- 19.

Sehingga pukul 7 petang tadi hantaran tersebut telah dikongsi lebih 150 kali dan mendapat lebih 3,700 tanda suka.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI