fbpx

[VIDEO] Pencuri pam, kaki payung ‘kantoi’ dirakam CCTV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aksi pencuri yang djrakam CCTV sebuah rumah di Jeram, Kuala Selangor.

KUALA SELANGOR – Polis mengesan seorang lelaki selepas aksinya mencuri pam racun dan kaki payung berniaga berjaya dirakam televisyen litar tertutup sebuah rumah di Taman Sungai Sembilan Batu, 17, Jeram di sini semalam.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira 8.05 pagi dengan suspek berusia lingkungan 30 hingga 40an itu datang ke rumah mangsa dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira berwarna merah.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati mangsa meninggalkan rumahnya untuk pergi berniaga tanpa menutup pintu pagar.

Katanya, suspek kemudiannya telah memasuki rumah mangsa sebelum mencuri satu pam racun dan tiga kaki payung berniaga.

“Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil menghubungi pegawai penyiasat Sarjan Firdaus di talian 0145881805 dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Terdahulu, tular video menerusi televisyen litar tertutup (CCTV) berdurasi dua minit 58 saat memaparkan aksi suspek tersebut yang sempat menjawab panggilan telefon bimbit dan membuat dirinya seakan pemilik rumah sebelum melarikan empat barangan tersebut. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI