fbpx

Fungsi antigegaran imej lebih stabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAMERA ini didatangkan dengan mekanisme penstabilan imej.

SEKIAN lama menjadi antara syarikat pelopor dalam menghasilkan kamera, Fujifilm terus mempertaruhkan produk terkini mereka di pasaran bagi memberi pilihan kepada pengguna.

Fujifilm GFX50S II merupakan kamera terbaharu yang dilancarkan syarikat itu.
Ia adalah kamera digital mirrorless daripada siri GFX yang dikeluarkan Fujifilm dilengkapi dengan sensor format besar.

GFX50S II mempunyai sensor format besar 51.4MP yang mampu menyerlahkan imej yang diambil dan merakam setiap gambar dengan lebih tajam.

Cahaya yang direkodkan untuk kamera ini 1.7 kali ganda berbanding sensor bingkai penuh.

Selain itu, kamera ini direka secara inovatif bagi membolehkan pengguna meneroka kualiti imej yang luar biasa dalam pelbagai lapangan fotografi.

Ia menyepadukan imej berkualiti tinggi melalui enjin pemprosesan X-Processor 4 dan algoritma terkini dengan sistem autofokus dengan kadar penyegaran dipertingkatkan.

Selain itu, antara ciri terkini yang ada pada kamera ini adalah mekanisme penstabilan imej.

Mekanisme ini menyediakan sehingga 6.5 hentian kelebihan antigegaran yang tertinggi dalam sejarah siri GFX.

Ini akan mengimbangi gegaran kamera sewaktu dikendalikan tanpa menggunakan tripod.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI