fbpx

10 lelaki Rohingya didenda tiada lesen memandu, insurans

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara lelaki etnik Rohingya yang ditahan dan dikenakan denda oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru semalam kerana tidak memiliki lesen memandu, perlindungan insurans serta mengubah suai motosikal dalam operasi di sekitar Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Seramai 10 orang etnik Rohingya dikenakan denda di Mahkamah Majistret di sini semalam atas kesalahan tiada lesen memandu, tiada perlindungan insurans kenderaan dan telah mengubah suai struktur kenderaan.

Kesemua lelaki terbabit dikenakan denda antara RM300 hingga RM800 dengan jumlah keseluruhan denda adalah sebanyak RM7,100.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd. Wahid berkata, kesemua warga Myanmar itu ditahan dalam operasi khas motosikal roda tiga, minggu lalu.

Katanya, sepanjang operasi tersebut, polis telah berjaya menahan sebanyak 15 buah motosikal roda tiga yang telah diubah suai dan ditunggang oleh warga asing berbangsa Rohingya.

“Ketika pemantauan dibuat, penunggang motosikal roda tiga ini membawa barang-barang lusuh untuk dijual di kedai kitar semula. Mereka juga menunggang secara bahaya serta mengganggu pengguna jalan raya yang lain.

“Dalam operasi ini, sebanyak 45 saman telah dikeluarkan terhadap penunggang motosikal bagi kesalahan tiada lesen memandu, tiada perlindungan insurans kenderaan dan telah mengubah suai struktur kenderaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kesemua 15 buah motosikal roda tiga turut disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI