fbpx

Persembahan AMA2021 BTS tanpa Megan Thee Stallion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BTS dan Megan Thee Stallion.

ATAS sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, persembahan kumpulan BTS pada pentas American Music Awards 2021 (AMA2021) hujung minggu lalu dilakukan tanpa kemunculan penyanyi Megan Thee Stallion.

Perkara berkenaan dimaklumkan sendiri Megan menerusi Twitternya beberapa hari lalu atas sebab peribadi.

“Saya sangat teruja untuk pergi ke AMA dan buat persembahan bersama BTS. Tapi disebabkan masalah peribadi yang tidak dijangka, saya tidak dapat menghadirinya.

“Saya tak sabar nak gegarkan pentas bersama rakan-rakan BTS dan mempersembahkan Butter selepas ini!” tulisnya.

Megan muncul bersama BTS dalam lagu Butter versi ‘remix’ yang dilancarkan pada Ogos lalu.

Dia dan kumpulan fenomena itu sepatutnya menjayakan persembahan di pentas AMA2021 pada Ahad lalu.

“Sayangnya tak dapat tengok persembahan mereka di atas satu pentas yang sama. Mungkin lain kali,” kata seorang peminat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI