fbpx

Penduduk desak MB batalkan operasi kilang plumbum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nazri (tiga dari kiri) bersama beberapa penduduk Kampung Jenjarom mengangkat sepanduk membantah pembukaan kilang buat bateri berdekatan kediaman mereka di Bangunan SUK, Shah Alam, Selangor hari ini.

SHAH ALAM – Bantahan kira-kira 9,000 penduduk Kampung Jenjarom, Kuala Langat dekat sini terhadap pembukaan operasi sebuah kilang plumbum di lokaliti berkenaan sampai kemuncak apabila mendesak kerajaan negeri membatalkannya, hari ini.

Desakan tersebut dilakukan menerusi penghantaran memorandum daripada Badan Bertindak Isu Pencemaran Plumbum Kampung Jenjarom kepada Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari

Pengerusi Badan Bertindak Isu Pencemaran Plumbum Kampung Jenjarom, Mohd. Nazri Afrizal berkata, langkah pembatalan itu bagi mengelakkan berulang kembali episod pencemaran udara seperti berlaku empat tahun lalu.

Katanya, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor pada 2019 lalu telah membuat keputusan membatalkan lesen perniagaan serta memindahkan kilang terbabit ke lokasi yang lebih sesuai.

“Bagaimanapun, MMKN pada 24 September lalu telah memberikan kelulusan kepada kilang ini.

“Kami dimaklumkan bahawa kilang itu dikendalikan oleh syarikat yang baharu,” katanya selepas menyerahkan memorandum bantahan operasi kilang terbabit di luar Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, hari ini.

Kosmo! pada 24 September lalu melaporkan kira-kira 9,000 penduduk di Jenjarom di sini membantah sebarang pemberian lesen kepada sebuah syarikat dalam membuka kilang bateri di kawasan tersebut.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat, Datuk Amirul Azizan Abd. Rahim dipetik berkata, kelulusan pemberian lesen sementara kepada syarikat tersebut telah dipersetujui kerajaan negeri sebelum ini. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI