fbpx

10 projek ladang e-satelit dibangunkan tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azulita menanam pokok cili jenis Sekata sebagai simbolik perasmian ladang e -satelit di Kampung Tapah Ulu Selama semalam. – Foto Wat Kamal Abas

LARUT – Kerajaan akan membangunkan 10 buah ladang e-satelit di seluruh negara tahun hadapan peruntukan kira-kira RM3 juta.

Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Azulita Salim berkata, cadangan menerusi projek Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) itu dijangka mampu menarik golongan muda untuk menceburkan diri dalam sektor pertanian.

Beliau berkata, sistem e-Satelit lebih teratur kerana dapat mengawal sistem tanaman termasuk penggunaan baja,air dan racun serta pengawalan cuaca dan menjimatkan tenaga buruh.

“Projek ini telah terbukti selamat untuk dimakan ,menjimatkan kos dan mampu meningkatkan pendapatan 40 peratus dan lebih 22 peratus hasil pengeluaran yang diusahakan.

“Hasil tuaian pula akan dipasarkan dirangkaian kedai Peladang dan di pasaraya terpilih,” katanya selepas mengadakan lawatan kerja dan perasmian Projek Ladang e-Satelit (IOT) Sayuran Fertigasi dan Perjanjian Ladang Kontrak PPK Selama di Kampung Tapah, Ulu Selama semalam.

Projek di Kampung Tapah tersebut membabitkan kawasan seluas 1.33 hektar dengan 10,000 pokok cili variasi Sekata yang ditanam dalam polibeg.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI