fbpx

Quartararo tidak mahu tergesa-gesa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
QUARTARARO menolak tawaran kontrak baharu daripada Yamaha kerana mahu melihat kemampuan jentera untuk saingan musim depan terlebih dahulu. – AFP

VALENCIA – Juara dunia Moto­GP 2021, Fabio Quartararo enggan menandatangani sebarang perjanjian lanjutan kontrak de­ngan pasukan Yamaha sehingga dia mampu melihat sebuah jentera yang kompetitif pada musim depan.

Pada sesi ujian rasmi pertama di Jerez kelmarin, Quartararo menamatkan ujian di kedudukan ke sembilan terpantas, manakala pelumba Jepun, Takaaki Nakagami menguasai sesi latihan tersebut.

Quartararo yang turun menguji jentera M1 2022 tersebut dilihat kurang berpuas hati selepas mendakwa prestasi jentera prototaip yang diujinya itu sama ketika ujian pertama September lalu.

Bagaimanapun, Quartararo menjangkakan Yamaha akan menguji lebih banyak komponen baharu selepas ini.

Ketika ini, Yamaha dilihat cuba melanjutkan kontrak pelumba Perancis lebih awal, namun Quartararo mahu melihat pembaharuan yang akan dibawa Yamaha pada ujian pramusim di Sepang pada Februari tahun depan terlebih dahulu.

“Soal kontrak, bagi saya ia terlalu awal untuk dibincangkan. Saya tidak mahu menandatangani sebarang perjanjian sehingga sesi ujian pramusim di Malaysia nanti. Saya mahu melihat evolusi pada jentera kami.

“Saya rasa ia adalah proses normal, tetapi agak pelik untuk membincangkan soal kontrak bagi musim 2023 kerana saingan musim 2022 masih belum bermula. Jadi, saya tahu apa yang saya lakukan ketika ini.

“Saya akan tunggu sedikit masa untuk melihat sama ada pasukan melakukan pembaharuan pada jentera ataupun tidak di Sepang nanti.

“Saya hanya memohon beberapa perkara penting dan terdapat peningkatan yang sedikit. Sekurang-kurang mereka mencuba dan itu adalah perkara baik.

“Jika perjalanan pasukan ini tersasar ia sekali gus mampu merosakan karier saya bersama Yamaha,” tegas Quartararo. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI