fbpx

Amaran doa dilanggar lori jika curi pisang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sepanduk itu diletakkan diatas sebuah dinding pagar kebun pisang. -Instagram / Infojamber

JAKARTA – Sebuah sepanduk dengan tulisan amaran mencuri pisang menarik perhatian netizen kerana bakal membuatkan sesiapa sahaja yang melihatnya menjadi gementar, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Gambar yang menunjukkan sepanduk itu dimuat naik oleh sebuah akaun Instagram bernama @infojember.

“Mencuri pisang, kami berdoa agar pelakunya dilanggar lori,” demikian menurut ayat pada sepanduk itu.

Sepanduk itu dikenal pasti diletakkan diatas sebuah dinding pada pagar sebuah kebun pisang di Jawa Timur.

Netizen turut membanjiri ruangan komen akaun Instagram tersebut.

‘’Saya pernah lalu di sana, setelah membacanya saya terkejut,’’ kata seorang netizen.

‘’Ia mengerikan,’’ kata seorang yang lain. 

Gambar itu kini mendapat 3,787 suka dan 127 komen. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI