fbpx

Tune Protect, Air Asia lancar Covid Travel Pass

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Tune Protect dan AirAsia melancarkan Covid Travel Pass sebagai kemudahan tambahan untuk pelancong penerbangan antarabangsa memenuhi syarat perlindungan insurans mandatori yang ditetapkan kerajaan.

Pelan tersebut kini tersedia untuk pelancong ke Langkawi dan pelbagai destinasi pelancongan di Thailand, sebelum bakal diperluaskan ke destinasi-destinasi lain.

Kemudahan berkenaan lengkap dengan perlin­dungan Covid-19 yang dipertingkatkan untuk memenuhi syarat kerajaan bagi pelancong antarabangsa yang datang ke Langkawi supaya mempunyai perlindungan insurans sebanyak AS$80,000 (RM334,120).

Rohit Nambiar

Mengulas mengenai kemudahan tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tune Protect, Rohit Nambiar berkata, pelanggan boleh membeli Covid Travel Pass sewaktu membuat tempahan penerba­ngan AirAsia melalui platform tempahan penerbangan de­ngan sangat mudah.

“Kami teruja untuk ke­semua tetamu AirAsia yang bakal bercuti. Pas ini akan memastikan pelancong lebih bersedia dan dilindungi sepanjang percutian,” jelasnya dalam satu kenya­taan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI