fbpx

Pijak kanak-kanak hingga mati, pekerja pasar raya didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH (dua dari kanan) dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Rompin selepas didakwa membunuh kanak-kanak berusia dua tahun yang dijaganya di Rompin hari ini.

ROMPIN – Seorang pekerja pasar raya didakwa di Mahkamah Majistret Rompin hari ini atas tuduhan membunuh seorang kanak-kanak lelaki di bawah jagaannya.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Mohd. Noor Ab. Manap,31, yang hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Wahidah Zainal Abidin.

Menurut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan pembunuhan ke atas penama bernama Adam di sebuah rumah di kampung Janglau pada pukul 2 pagi, 11 November lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dijatuhkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurhalimatun Saadiah Abdullah manakala tertuduh diwakili peguam Ahmad Deniel Roslan dan Osman Abdullah.

Mahkamah menetapkan 20 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk laporan kimia dan forensik.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI