fbpx

Keletah comel cucu PM curi perhatian umum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kecomelan Jeanelle ketika mengiringi datuknya mencuri perhatian umum

PETALING JAYA- Keletah dan perwatakan bersahaja cucu Perdana Menteri, Jeanelle Nika Mandagie ketika menemani datuknya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia 2021 di bangunan Parlimen tadi berjaya mencuri tumpuan umum.

Jeanelle, 4, dilihat tidak kekok menyusun langkah meskipun gerak-gerinya sentiasa dirakamkan kamera ketika dipimpin datuknya pada majlis itu.

Anak sulung kepada pasangan usahawan dan pereka fesyen ternama, Datuk Jovian Mandagie dan Datin Nina Sabrina Ismail Sabrijuga tidak kekok dengan perhatian yang diberikan media malah begitu manja terutama ketika berada disamping Ismail Sabri.

Walaupun banyak mata memerhati, Jeanelle kelihatan bersahaja dan berjalan penuh yakin persis model cilik meniti pentas peragaan.

Menerusi perkongsian di Instagram Ismail Sabri, rata-rata pengguna media sosial memuji kecomelan Jeanelle selain menyifatkan kanak-kanak itu sebagai bijak.

Terdahulu, Ismail Sabri menghadiri sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia yang turut disertai oleh cucunya.

Dalam ucapannya, Ismail Sabri berkata, kanak-kanak amat berharga di hatinya kerana mereka merupakan anugerah tuhan yang amat bererti.

“Saya percaya, adalah tidak memadai jika kita hanya memperuntukkan satu hari dalam setahun untuk memperingati hak dan keperluan yang sepatutnya dinikmati mereka,” katanya.

Perdana Menteri turut menyeru Keluarga Malaysia supaya lebih berusaha untuk melindungi kanak-kanak kerana mereka bakal menjadi pemimpin yang hebat pada masa akan datang.

“Setiap kanak-kanak mempunyai hak asasi untuk mendapatkan pendidikan dan membesar dalam suasana yang kondusif agar mereka mampu menjadi individu yang boleh mencapai potensi penuh serta mengejar impian mereka,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI