fbpx

Tujuh kluster baharu dilapor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Sebanyak tujuh kluster baharu dilaporkan hari ini dengan jumlah keseluruhan 252 kluster aktif setakat ini, menjadi antara penyumbang kepada 5,413 kes harian negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada kes baharu yang dilaporkan, 17 daripadanya kes import dengan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 sebanyak 2,556,865 kes.

“Sebanyak 102 kes (1.9 peratus) daripada kes harian negara adalah kategori tiga, empat dan lima manakala, 5,311 kes (98.1 peratus) kategori satu dan dua.

“Terdapat 6,013 kes sembuh dengan jumlah kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 2,461,780 kes,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ujarnya, sebanyak 545 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 265 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI