fbpx

Penjawat awam ditahan tembak pengunjung pub

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUCHONG – Seorang penjawat awam ditahan selepas didakwa melepaskan tembakan ke arah pengunjung di sebuah pub di Bandar Puchong di sini pada malam semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A. A. Anbalagan berkata, suspek merupakan seorang lelaki berusia 56 tahun dan mempunyai kebenaran untuk membawa senjata api.

“Siasatan awal mendapati, semasa berada di dalam premis, lelaki tersebut telah melepaskan satu das tembakan dari sepucuk pistol dan mengenai salah seorang pelanggan yang berada di situ iaitu seorang lelaki berusia 56 tahun.

“Suspek juga tidak mengenali mangsa dan tiada sebarang provokasi semasa kejadian berlaku,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan akibat kesan tembakan di bahagian belakang badan dan lengan kiri.

“Mangsa telah dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan dan mangsa kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

“Suspek telah ditahan dan pistol yang digunakan semasa kejadian turut dirampas dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI