fbpx
AFIQ (dua dari kiri) bersama Vijay Pillai melihat peta kawasan pertanian di Negeri Sembilan untuk menjayakan Skim Pelaburan Durian Capital baru-baru ini.

Peluang melabur dalam skim durian pertama di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Durian Capital Berhad (Durian Capital), syarikat pengurusan pertanian moden tempatan, melancarkan Skim Pelaburan Durian Capital yang memberi peluang kepada masyarakat menyertai lanskap pelaburan pertanian yang lumayan di negara.

Skim pelaburan durian pertama di Malaysia yang dilesenkan di bawah Akta Skim Kepentingan 2016 oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia itu bakal menawarkan pelaburan minimum kepada pelabur runcit dan institusi sebanyak RM10,000 seunit.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Afiq Johar berkata, skim tersebut bakal melibatkan kawasan seluas 80 hektar di Jempol, Negeri Sembilan dengan menawarkan lebih 8,000 unit kepada mereka yang berminat.

Menurut beliau, permintaan global terhadap durian dianggarkan lebih rancak pada masa hadapan, dengan jangkaan pasaran meningkat daripada AS$18.72 bilion (RM77.87 bilion) pada tahun 2019 kepada AS$30 bilion (RM124.8 bilion) menjelang tahun 2025.

“Pertambahan ini akan dipacu oleh permintaan tinggi dalam pasaran di China yang mana terdapat minat yang begitu menggalakkan terhadap buah durian sejak akhir-akhir ini.

“Spesies Musang King Malaysia akan terus kekal sebagai produk utama pilihan pencinta durian kerana lebih mudah di dapati di pasaran terpilih di pe­ringkat antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan bersempena majlis pengenalan mengenai Skim Pelaburan Durian Capital di sini baru-baru ini.

Turut hadir Pengarah Urusan Durian Capital, Dr. Vijay Pillai.

Selain itu, Afiq menjelaskan, Durian Capital akan bekerjasama dengan kumpulan pakar pertanian dan penasihat teknikal daripada Universiti Putra Malaysia bagi menjayakan projek ber­kenaan.

“Bagi meningkatkan penghasilan dan pertumbuhan Musang King, syarikat juga memperkasakan penggunaan teknologi pertanian moden seperti sistem pengairan pintar dan amalan nutrisi tanah yang dibangunkan sendiri.

“Selain dapat meningkatkan pengeluaran hasil Musang King, ia juga memberikan kemudahan melabur melalui laman sesawang dan aplikasi mudah alih.

“Bagi memperkasa ketelusan kepada para pelabur, syarikat akan menerbitkan propektus dan laporan terkini setiap enam bulan bagi membolehkan para pelabur mengikuti perkemba­ngan pelaburan,” jelasnya.

POPULAR