fbpx

Ops Redback buru tali barut sindiket

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamid Mohd. Amin (kiri) bersama John Fleming dari Australian Border Force (ABF) sempena Pelancaran Operasi Redback XVI Batu Pahat, Johor di Ibu Pejabat APMM Johor, Johor Bahru hari ini. - Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melahirkan kebimbangan lebih ramai komuniti maritim setempat terlibat dengan jenayah rentas sempadan di Selat Melaka khususnya perairan Johor Barat.

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim, Laksamana Muda Maritim Hamid Mohd. Amin berkata, perkara itu didorong oleh desakan hidup setelah terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19.

Beliau berkata, ini kerana jenayah rentas sempadan lazimnya didalangi sindiket yang mempergunakan warga tempatan sebagai ejen-ejen sindiket jenayah tersebut.

“Lebih membimbangkan lagi apabila warga tempatan yang menjadi tali barut kepada kegiatan sindiket itu dengan berperanan sebagai transporter dan spotter dilihat mampu menghasilkan pendapatan yang lumayan.

“Sekiranya perkara ini tidak ditangani secara cekap dan strategik melalui pendekatan kesedaran, penguatkuasaan dan hukuman, ia akan menjadi barah dalam masyarakat.

“Oleh itu, fokus Ops Redback ke-16 ini menitikberatkan elemen komunikasi strategik dalam menyedarkan masyarakat agar menghentikan penglibatan mereka dengan aktiviti jenayah seperti penyeludupan manusia, dadah dan barangan terlarang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Ops Redback ke-16 kerjasama antara APMM dan Australian Border Force (ABF) di Ibu Pejabat Maritim Negeri Johor, di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Penasihat ABF di Malaysia, Superintendan John Fleming.

Ops Redback merupakan satu inisiatif kerjasama antara kedua-dua agensi tersebut dalam usaha mengekang, membanteras dan memerangi aktiviti jenayah rentas sempadan melalui kawasan perairan sejak 2013.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI