fbpx

Naikkan gaji minimum ke RM1,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menuntut agar gaji mi­nimum RM1,200 dinaikkan kepada RM1,500 supaya lebih releven dalam keadaan ekonomi sekarang ini.

Sehubungan itu, MTUC melalui Majlis Perundingan Gaji Negara telah menghantar kertas cada­ngan berhubung kenaikan berkenaan kepada Kementerian Sumber Manusia.

Timbalan Presiden MTUC, Mohd. Effendy Abdul Ghani berkata, pihaknya berpandangan gaji minimum yang ada sekarang perlu dinaikkan kerana tidak sesuai dengan tahap yang ada sekarang.

“Pendirian MTUC mengenai gaji minimum pada masa kini perlu­ dinaikkan, dalam pada masa yang sama kita memahami pihak majikan baru sahaja ingin beroperasi dan peroleh aliran tunai.

“Saranan MTUC perbincangan di antara pihak kerajaan, majikan dan pekerja perlu diadakan di Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan untuk pelaksanaan gaji mi­nimum RM1,500,” katanya ketika dihubungi semalam.

Kosmo! Ahad semalam me­laporkan gaji minimum sebanyak RM1,200 bagi penjawat awam dianggap sudah tidak relevan lagi terutamanya untuk menampung peningkatan kos sara hidup pada masa kini.

Disebabkan itu, ada penjawat awam yang terpaksa melakukan dua pekerjaan semata-mata untuk memastikan keperluan keluarga dapat disediakan sepenuhnya.

Tambah Mohd. Effendy kajian terhadap gaji minimum perlu dilakukan dalam tempoh 2 tahun sekali mengikut keadaan semasa dan tahap ekonomi.

Sementara itu, Timbalan Pre­siden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca),­ Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, jika gaji dinaikkan, nanti pihaknya khuatir akan ada pekerja terpaksa diberhentikan bagi menampung kos operasi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI