fbpx

Kes pertama taun dilaporkan di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin

PETALING JAYA – Orang ramai dinasihatkan ambil langkah berjaga-jaga apabila terdapat kes penyakit kolera (taun) dilaporkan di negeri Selangor.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar di Twitternya berkata, beliau meminta orang ramai supaya mengambil tindakan proaktif untuk melindungi diri, susulan satu kes kolera dikesan di daerah Petaling.

“Jabatan Kesihatan Selangor telah mengesan satu kes kolera di daerah Petaling, Selangor.

“Orang awam dinasihati hanya minum air dirawat atau didihkan, jaga kebersihan diri serta jangan makan makanan mentah atau tidak dimasak sempurna,” katanya di Twitter hari ini.

Tambahnya, maklumat lanjut berkenaan perkara itu akan diberitahu dalam masa terdekat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI