fbpx

Van sekolah kena ada kamera dan sensor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar yang memaparkan seorang pelajar perempuan dilanggar sebuah van di Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi semalam.

PETALING JAYA – Seorang lelaki telah menyuarakan pendapat berkaitan kemalangan maut yang melibatkan kanak-kanak perempuan dilanggar oleh sebuah van sekolah dipercayai berlaku di Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang semalam.

Menerusi perkongsian oleh Mohd Azwan Mohd Roslee di laman sosial Facebook hari ini, beliau ada menyatakan pendapat berkaitan isu tersebut dengan meminta pihak berwajib mengambil tindakan segera.

“Gara-gara insiden murid darjah satu, saya dengan ini menyarankan agar semua van sekolah dilengkapi dengan kamera atau sensor di bahagian depan dan belakang bagi tujuan keselamatan.

“Diharapkan pihak Kementerian dan Agensi dapat mengambil tindakan segera, dengan memberikan peringatan kepada semua pemandu dan pengendali pengankutan van sekolah serta memberikan harga istimewa bagi tujuan pemasangan kamera dan sensor tersebut,” katanya di dalam Facebook.

Tambahnya lagi, beliau turut berasa simpati akan tragedi yang berlaku kepada keluarga kanak-kanak berkenaan dan memohon agar cadangannya dapat dipertimbangkan dengan secepat mungkin.

“Semoga cadangan saya mendapat pertimbangan sewajarnya, masih sebak dengan pemergian arwah dan salam takziah buat sekeluarga, tabahkan hati dan semoga roh arwah dicucuri rahmat Allah S.W.T,” ujarnya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan seorang pelajar perempuan berusia tujuh tahun meninggal dunia selepas digilis sebuah van di Taman Dahlia, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI