fbpx

Kadar kebolehjangkitan 1.0, KKM pantau hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt di seluruh negara semalam mencatatkan 1.0.

Berdasarkan maklumat dikongsikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi laman Twitternya, pecahan mengikut negeri mendapati Putrajaya mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi 1.0 iaitu 1.16.

Lima lagi negeri dengan catatan RT melebihi 1.0 ialah Kuala Lumpur (1.04), Selangor (1.03), Kelantan (1.02), Negeri Sembilan (1.01) dan Pahang (1.01).

Negeri-negeri lain melaporkan RT di bawah 1.0 iaitu Sabah (0.98), Kedah (0.98), Johor (0.93), Melaka (0.94), Perlis (0.94), Pulau Pinang (0.91), Terengganu (0.90), Perak (0.88), Sarawak (0.87) dan Labuan (25 kes).

Susulan itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memantau kemasukan ke hospital serta indikator utama yang lain susulan kadar kebolehjangkitan Covid-19 yang kembali pada 1.0.

“Justeru bagi anda yang sudah diberikan janji temu bagi dos penggalak, ambillah.

“Untuk warga emas seharusnya hindari tempat-tempat yang sesak,” katanya menerusi satu ciapan di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI