fbpx

Banjir kilat landa beberapa kawasan di George Town

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian kawasan dalam bandar raya George Town dilanda banjir kilat hari ini.

GEORGE TOWN – Beberapa kawasan di pusat bandar raya ini dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat berterusan sejak awal pagi tadi.

Antara kawasan yang dinaiki air ialah Jalan P. Ramlee, Jalan Kuantan, Jalan Pintal Tali, Jalan Macalister, Lorong Ngah Aboo, Jalan Anson dan Lebuh Mcnair.

Turut dinaiki air ialah kawasan Lebuh Nanking, Lebuh Katz, Pasar Lebuh Cecil, Jalan Timah Simpang Kg Jawa Lama, Lebuh Carnarvon, Lebuh Victoria dan Pengkalan Weld.

Kejadian itu menyebabkan kesesakan jalan raya di bandar raya ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh, limpahan air telah beransur surut kira-kira pukul 9.30 pagi dan pekerja Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) juga segera membersihkan longkang bagi mengelak laluan air tersumbat.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Teh Lai Heng berkata, banjir kilat di kawasan Jalan Kuantan berlaku awal pagi tadi berpunca daripada paras air Sungai Pinang yang tinggi.

“Keadaan itu menyebabkan air sungai melimpah dan berlaku banjir kilat di sekitar Jalan Kuantan,” katanya. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI