fbpx
PARA pemain KDA FC menjalani latihan sebelum berdepan JDT pada Ahad ini. - FB KDA FC

Motivasi pemain KDA FC terjejas isu tunggakan gaji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Motivasi dalam kalangan pemain Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dikatakan menurun apabila didakwa berhadapan isu tunggakan gaji selama dua bulan.

Bukan itu sahaja, bonus kemenangan yang dijanjikan juga tidak dibayar selama beberapa bulan atau dipercayai mencecah sehingga 12 perlawanan.

Sumber dalaman memaklumkan, perkara itu antara isu yang membelenggu pasukan sehingga menyebabkan mereka gagal menampilkan aksi terbaik dalam dua aksi  terakhir Piala Malaysia ketika menentang Kelantan United FC dan Melaka United.

“Susah nak cakap pasal benda ini tetapi dalam keadaan pemain sudah memberikan yang terbaik sehingga berjaya mencapai kedudukan kedua dalam Liga Super, sudah tentulah mereka mengharapkan isu gaji tidak berlarutan selain hubungan baik bersama pihak pengurusan.

“Kini lain pula jadinya kerana gaji tertunggak dan bonus kemenangan pun tidak dibayar. Malah bonus atas kejayaan mendapat kedudukan kedua Liga Super yang pernah dijanjikan sebelum ini juga masih ‘kelam’,” katanya di sini hari ini.

Berbanding bonus kemenangan mencecah ribuan ringgit buat pemain pasukan lain, difahamkan bonus sama buat para pemain KDA FC adalah sekitar RM500 sahaja.

Sumber itu memaklumkan, rata-rata pemain ketika ini kecewa kerana tiada dalam kalangan pihak pengurusan datang bertemu mereka bagi membincangkan perkara berkenaan.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor ketika ditemui memaklumkan setakat ini beliau tidak mempunyai maklumat berhubung perkara itu.

“Perkara itu kena tanya pengurusan KDA FC. Saya harap tidaklah jadi begitu dan kalau ada, mereka kena usaha untuk bayar,” katanya.

KDA FC bakal bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Darul Aman untuk aksi pertama suku akhir Piala Malaysia pada Ahad ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN