fbpx

Kaki pancing maut digigit piranha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BRASILANDIA DE MINAS, BRAZIL – Seorang kaki pancing mati akibat diserang ikan piranha selepas terjun ke dalam sebuah tasik untuk menyelamatkan diri daripada diserang kawanan ­lebah, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Lelaki berusia 30 tahun yang identitinya masih belum dikenal pasti itu maut dalam keja­dian pada Sabtu.

Ketika kejadian, dia dilapor­kan sedang memancing di tebing sebuah tasik bersama dua rakannya sebelum mereka diserang oleh kawanan lebah.

Ketiga-tiga mereka terjun ke dalam tasik yang dipenuhi dengan ikan pembunuh itu sebelum mangsa diserang dan lemas.

Sekumpulan penyelam yang kemudiannya menemui mayat mangsa mendapati kesan luka pada wajah, telinga dan beberapa anggota badannya. Kesan luka itu dipercayai akibat gigitan ikan piranha.

Mayat mangsa ditemui sehari selepas dia dilaporkan hilang.

Bagaimanapun, pihak ber­kuasa tidak menjelaskan sama ada mangsa lemas sebelum diserang oleh ikan piranha atau haiwan tersebut yang menjadi punca kepada kematiannya sehingga menghalangnya daripada berenang ke kawasan selamat.

Menurut laporan, keluarga mangsa telah diberi kebenaran untuk mengebumikan mayatnya selepas pegawai penyiasat mengesahkan bahawa insiden itu merupakan satu kemalangan tragis dan tiada petunjuk melibatkan jenayah ditemui.

Kira-kira 30 spesies ikan ­piranha dilaporkan mendiami tasik dan sungai di rantau Amerika Selatan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI