fbpx
Amir bersama jaguar cichlid yang dipancing menggunakan set layang weight 2 di sebatang sungai di Damansara, Selangor baru-baru ini.

K2

Ikan jaguar, penceroboh rakus dari Amerika Tengah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAGUAR cichlid (Parachromis managuensis) atau nama latinnya, Nandopsis managuense, mungkin tidaklah begitu terkenal di Malaysia berbanding saudaranya yang lain.

Ia tergolong dalam keluarga besar Cichiladae bersama tilapia dan beberapa lagi jenis cichlid. Seperti saudaranya peacock bass, ikan jaguar ini berasal dari Amerika Tengah.

Taburan habitatnya bermula dari Sungai Ulua di Honduras sehingga Sungai Matina di Costa Rica. Managuense itu sendiri merujuk tempat asalnya di Nicaragua iaitu Tasik Managua.

Ikan ini pada mula diperkenalkan di Malaysia sekitar tahun 90-an untuk diternak sebagai ikan hiasan oleh penternak-penternak ikan hiasan tempatan, namun keberadaannya dikesan di aliran-aliran sungai tempatan pada awal milenia, kemungkinan lebih awal dari itu.

Kadar tumbesarannya yang cepat membuatkan populasi ikan ini meningkat dengan drastik sehinggakan ia dijumpai mendiami anak-anak sungai dan lombong sekitar ibu kota.

Bersifat agresif dan teritorial, ikan ini sering mendiami kawasan berarus sederhana dan berstruktur seperti batuan dan reba kayu yang dijadikan sarang.

Saiz maksimum ikan jaguar boleh membesar sehingga 65 sentimeter (sm) untuk jantan dan betina pula 40sm bagi saiz maksimum, namun agak jarang untuk kita mendapatkan saiz tersebut di perairan tempatan.

Ada kalanya, di Malaysia, ikan ini dipanggil kerapu lombong disebabkan rupa bentuknya seakan kerapu tanpa ada sebarang kaitan, namun penulis lebih gemar untuk memanggilnya dengan nama asal spesies ini.

Diet ikan ini terdiri daripada anak ikan dan udang-udang kecil. Boleh dikatakan, ia akan membaham apa saja dirasakan sebagai makanan jika lalu di sekitar kawasan yang didiami ikan rakus ini.

Baru-baru ini, penulis telah dihubungi seorang sahabat, saudara Amirul Hakim dari pihak Universiti Selangor (Unisel) bertanyakan jika penulis boleh mendapatkan spesimen hidup spesies ini untuk dijadikan kajian oleh pakar perikanan tempatan, Dr. Intan Faraha.

Permintaan ini merupakan lanjutan daripada topik yang dibincangkan bersama Dr. Intan ketika menghadiri sesi rakaman podcast Gewang di pejabat Media Mulia, Petaling Jaya tempoh hari.

Penulis hampir setahun tidak turun mengilat spesies penceroboh ini kerana kekangan masa, tetapi sukar untuk penulis menolak permintaan daripada pihak universiti.

Usai mendapat mesej tersebut, penulis tanpa berlengah terus menghantar pesanan kepada sahabat muka buku penulis, Amer Akhmal Mohamed Hamdan atau nama penanya di laman tersebut ‘Coretan’.

Penulis bersama salah seekor induk jaguar yang berjaya dipancing.

Penulis mengikut rapat segala perkembangan aktiviti Amir di laman muka buku. Selama ini kami hanya berbalas komen di laman muka buku, asbab ‘task’ ini kami berjumpa buat pertama kalinya.

Hari yang ditetapkan, kami berdua turun ke sebatang sungai di Damansara, yang kami tahu terdapat banyak spesies ‘hama’ ini.

Penulis memilih menggunakan set mengilat UL 2-8lb bersama kekili mendatar yang diisi tali benang 8lb dan leader 12lb, manakala Amir pula set pancing layang weight 2 dengan teknik apung permukaan.

Untuk umpan, penulis menggunakan soft plastic (SP) jenis paddle tail putih 2.5 inci dipasangkan mata kail weedles yang kebiasaannya penulis gunakan untuk mengilat haruan.

Agak sukar juga untuk melakukan balingan di tempat yang sempit, tambahan kekili mendatar penulis tidak menggunakan spool yang cetek, namun semua itu diketepikan apabila SP mendapat sambaran pertama oleh induk jaguar dari kawasan reba berkayu.

Namun, disebabkan jaguar ini bermulut kecil membuatkan ia terlepas.

Kami terus berpindah ke ‘spot’ seterusnya, di sini penulis menukar umpan dengan menggunakan SP jenis worm, juga bewarna putih yang dipasang jighead 5gram warna merah.

Penulis memilih warna putih disebabkan keadaan air yang agak jernih kerana hujan di sebelah petang sehari sebelumnya.

Balingan pertama ke kawasan berbatu dan berarus terus disambar rakus, seekor jaguar sebesar tapak tangan berjaya dinaikkan. Amir juga tidak kurang hebatnya, mata fly berbentuk serangganya juga berkali-kali dihentam jaguar yang memang ganas jika menyambar umpan.

Setelah beberapa ketika, kami berjaya mendaratkan lima ekor jaguar pelbagai saiz kurang sejam mengilat di kawasan itu. Lalu kami memutuskan untuk pulang memandangkan matahari kian menegak.

Sebelum smpai ke kenderaan, penulis berhenti di ‘spot’ pertama ketika sampai untuk sekali lagi menguji teori di mana ikan jaguar ini tidak serik untuk mengambil umpan buat kali kedua jika terlepas.

Ternyata teori tersebut benar, apabila kali ini penulis berjaya menaikkan induk jantan jaguar sebesar hampir dua tapak tangan.

Menutup sesi pada pagi itu, penulis berjaya menaikkan ikan bonus, seekor haruan sebesar lengan kanak-kanak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN