fbpx

Duit lesap, rumah pula disewakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JEMPOL – Hasrat seorang akauntan untuk mengubahsuai rumahnya sendiri bukan hanya tidak kesampaian, malah kediamannya itu dikesan disewakan kepada orang lain.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, pada 19 Mac lalu, mangsa iaitu lelaki berusia 39 tahun telah berurusan dengan seorang lelaki bagi urusan mengubahsuai rumah mangsa di Klang Lama, Kuala Lumpur.

Menurutnya, mangsa dimaklumkan suspek adalah ejen rumah dari sebuah syarikat dan mereka bersetuju rumah itu diubahsuai selepas berpuas hati dengan syarat ditetapkan seperti pembelian perabot, cat, lampu, kipas, dan barangan elektrik.

“Mangsa mahu ubahsuai rumah untuk disewakan dan semua kerja itu melibatkan nilai RM12,950. Mangsa tidak pernah berjumpa dengan ejen rumah ini dan segala urusan adalah secara panggilan telefon dan WhatsApp sahaja.

“Mereka tidak membuat sebarang dokumen perjanjian dan hanya berurusan secara online,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Chang Hook berkata, mangsa telah diminta untuk melakukan kesemua bayaran ke sebuah akaun bank dan tempoh masa bagi mengubahsuai rumah berkenaan adalah sebulan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI