fbpx

Saga lama tunjuk ‘gagah’ tarik treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian video oleh Tan Cher Puk berkenaan sebuah Proton Saga lama menarik sebuah treler yang terperangkap di sebuah kawasan.

PETALING JAYA – Sekali lagi kenderaan buatan Malaysia membuat kejutan pada orang ramai apabila sebuah Proton Saga edisi pertama yang turut dikenali ramai sebagai model ‘kereta kebal’ telah menarik sebuah treler yang terperangkap di sebuah kawasan.

Difahamkan, treler berkenaan tersangkut di satu kawasan sehinggakan tidak mampu untuk bergerak dan memaksa Proton Saga untuk menariknya keluar ke jalan raya semula.

Menerusi perkongsian video oleh Tan Cher Puk di laman sosial Facebook miliknya, pemandu kereta Saga tersebut dilihat bersungguh-sungguh menekan minyak sehingga bahagian hadapan kereta mengeluarkan asap putih.

Susulan perkongsian video itu, orang ramai berasa kagum dengan kemampuan kereta Proton Saga yang nampak berusia serta uzur, namun mampu menarik treler yang mempunyai saiz lebih besar.

“Jangan menilai sesuatu benda pada reka bentuk serta keadaan luaran kereta tersebut, namun nilailah apa yang sesuatu benda itu masih dapat membantu semasa detik-detik yang memerlukan,” kata Ahmad Zahid.

“Saya pakai Viva, sangkut macam ini dekat dalam kebun, 4X4 tolong tarik kereta tak gerak, akhir sekali Proton Wira yang tolong terus boleh jalan,” jelas Arepex Long.

“Siapa kata kereta kebangsaan tak berguna, ini buktinya walaupun Saga masih boleh menarik lori treler yang 10 kali ganda besar daripada badan dia,” ujar Zainol Abidin.

Proton Saga merupakan kereta nasional pertama yang diperkenalkan pada tahun 1985 dan telah mencapai beberapa rekod seperti model yang paling lama dikeluarkan dengan lebih 1.8 juta unit dalam tempoh 35 tahun. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI