fbpx

PDRM tidak senyap isu judi online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Polis Di Raja Malaysia (PDRM) akan terus memantau dan menjalankan operasi secara terancang serta berterusan dalam menangani masalah perjudian dalam talian.

Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk Seri Dr. Ismail Mohamed Said berkata, beberapa langkah turut diambil PDRM untuk membanteras kegiatan itu termasuk orang perseorangan atau kumpulan sindiket.

“Antara langkah diambil ialah mengadakan operasi dan serbuan secara berterusan melalui Ops Dadu termasuk operasi bersepadu dengan kerjasama agensi lain seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk melumpuhkan kegiatan itu.

“Langkah lain ialah bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi menyekat laman sesawang perjudian di bawah Seksyen 263 (2) Akta Komunikasi Multimedia, “katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Tambahnya, kementerian juga bekerjasama dengan syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan syarikat bekalan air untuk tindakan pemotongan bekalan eletrik dan air ke atas premis yang sering digunakan oleh sindiket perjudian.

Katanya, kerajaan menerusi PDRM juga mengambil tindakan ke atas pihak yang terlibat dalam kegiatan itu termasuk penjaga premis dan penganjur kegiatan perjudian haram di bawah peruntukan undang-undang berkaitan judi sedia ada seperti Akta Rumah Judi Terbuka 1957 dan Akta Pertaruhan 1953.

“Tindakan lebih keras diambil di bawah peruntukan undang-undang lain yang berkaitan iaitu Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaian Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram,” tambah Ismail.

Menurutnya, kerajaan juga turut meneliti undang-undang berkaitan judi sedia ada bagi tujuan pindaan penambahbaikan bagi memastikan ia relevan dengan perubahan modus operandi sindiket perjudian terutama atas talian.

“Dalam hal ini kementerian turut dilibatkan dalam kajian undang-undang berkaitan perjudian yang sedang dijalankan oleh Kementerian Kewangan untuk ditambah baik supaya sentiasa selaras dengan perkembangan semasa,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI