fbpx

Lahabau Melaka, Ahli Parlimen Kulai mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar permohonan maaf dibuat Nie Ching berhubung kesalahan pengunaan perkataan 'lahabau'.

PETALING JAYA- Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching memohon maaf kepada orang ramai susulan kesalahan penggunaan perkataan ‘lahabau’ yang dimuat naiknya di laman Facebook ketika berkempen sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Menurut bekas Timbalan Menteri Pendidikan itu, beliau hanya mahu berkempen di Facebook sahaja tanpa memahami maksud sebenar perkataan ‘lahabau’ yang digunakannya sebagai bahan kempen di media sosial.

Katanya, berikutan larangan ketat berkempen, hampir semua kempen untuk PRN Melaka terpaksa dilaksanakan melalui media sosial.

“Dalam keghairahan kempen media sosial ini, ramai petugas Pakatan Harapan, khususnya DAP, hampir tak cukup tidur dalam usaha menyediakan bahan-bahan kempen.

“Namun, manusia tidak pernah lepas daripda kesilapan, termasuk diri saya sendiri. Akibatnya, terserlah kesilapan bahasa yang memalukan melalui media sosial,” tulisnya di Facebook miliknya tadi.

Jelasnya, beliau cuma ingin berkempen melalui “frame” percuma yang boleh didapati di dalam facebook tanpa memahami maksud sebenar perkataan tersebut.

“Dengan ini, saya dengan penuh rendah hati, memohon maaf atas kekhilafan menyiapkan dan memuatnaikkan bahan kempen yang telah tersalah menggunakan bahasa.

“Saya berjanji akan lebih berhati-hati selepas ini dalam memuatnaikkan bahan-bahan kempen media sosial untuk PRN Melaka. Saya menyusun sepuluh jari memohon maaf buat semua, terutamanya rakyat dan pengundi Melaka,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI