fbpx

Seorang ditahan kes bunuh ah long

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan polis melakukan siasatan di lokasi kejadian pembunuhan seorang ah long di Bandar Bukit Tinggi, hari ini.

KLANG – Seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam pembunuhan ah long di Bandar Bukit Tinggi di sini berjaya ditahan hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, penangkapan suspek berusia 33 tahun ditangkap pukul 6.30 petang di Jenjarom, Kuala Langat.

“Permohonan reman terhadap suspek akan dilakukan di Mahkamah Klang, esok. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kosmo! Online terdahulu melaporkan seorang lelaki dipercayai ah long mati ditetak dengan parang oleh dua penjenayah selepas menikmati makanan di sebuah kopitiam di Lorong Batu Nilam 27A, Bandar Bukit Tinggi, di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.20 tengah hari itu, mangsa berusia 47 tahun sempat melarikan diri di celahan kenderaan sebelum rebah dan maut di hadapan sebuah restoran lain. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI