fbpx
Anggota APM Terengganu memantau fenomena air pasang besar di Pantai Seberang Takir, dekat sini hari ini.

Fenomena air pasang besar jejas 20 lokasi di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS – Lebih 20 penempatan di seluruh negeri ini berdepan risiko dilanda banjir ekoran fenomena air pasang besar yang sedang melanda sehingga minggu depan.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Mohd. Rosman Abdullah berkata, antara kawasan yang berisiko terbabit ialah Kuala Ibai, Kuala Terengganu; Kuala Besut dan Kampung Pengkalan Atap, Besut; Kampung Seberang Pintasan, Dungun; Kampung Baru Kemasuk, Kemaman dan Rusila, Marang.

Beliau berkata, pantai peranginan seperti Pantai Seberang Takir di sini; Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu dan Pantai Kelulut, Marang juga diramal terjejas ekoran fenomena air pasang besar berkenaan.

“Fenomena air pasang besar diramal melanda perairan Terengganu sebanyak empat kali sepanjang bulan November ini dengan ketinggian ombak dijangka mencecah antara 2.4 meter hingga 2.9 meter bermula semalam sehingga 13 November ini.

“Sekiranya sepanjang tempoh tersebut berlaku berlaku hujan lebat luar biasa, semua lokasi berisiko terbabit berkemungkinan besar dilanda banjir,” katanya ketika memantau fenomena tersebut di Pantai Seberang Takir di sini malam tadi.

Sehubungan itu, Mohd. Rosman menasihatkan orang ramai agar berjaga-jaga dan menjauhi kawasan pantai dan muara sungai sepanjang tempoh tersebut.

Dalam perkembangan sama, beliau dinasihatkan orang ramai agar tidak mengambil ringan dan menjadikannya sebagai pesta dengan berkumpul beramai-ramai semata-mata untuk menyaksikan fenomena alam ini bagi mengelak sebarang insiden tidak diingini,” katanya. – K! ONLINE

POPULAR